Posts

Perkahwinan

Image
Perkahwinan Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

Sajak Mengintai Ruang Insaf

 Video berikut merupakan sajak yang disampaikan oleh Cikgu Sab yang bertajuk Mengintai Ruang Insaf

KOMSAS TINGKATAN 4

PANTUN EMPAT KERAT PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) A. Maksud Pantun Rangkap 1: Jika tidak kerana budi seseorang maka nama baik seseorang itu tidak akan disebut-sebut atau diingati. Rangkap 2: Sudah menjadi lumrah manusia, nama baik seseorang itu akan terus diingati sehingga seseorang itu meninggal dunia. Rangkap 3: Orang yang berbudi walaupun sedikit akan terus dikenang dan diingati sepanjang zaman. Rangkap 4: Budi baik yang diberi kepada seseorang akan terus dihargai dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. B. Tema Pantun: Pantun ini bertemakan budi yang baik akan menjadi sebutan dan dikenang sepanjang masa. C. Persoalan Pantun: i. Budi yang baik menyebabkan nama seseorang sentiasa disebut-sebut. ii. Orang yang telah mati akan terus diingati kerana budinya. iii. Orang yang berbudi akan terus dikenang sepanjang zaman. iv. Budi yang ikhlas tidak akan dilupakan. D. Bentuk Pantun: i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun. ii. Mengandungi 4 rangkap/ bait. iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris. ...